Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal akan membenarkan pengeluaran penuh pencarum dan ahli mereka pada umur 55 tahun.
Sebelum ini, terdapat cadangan dari Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.
KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut.
KWSP juga menekankan bahawa ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.