Artikel

‘Short Selling’ Di Gantung Sehingga 31 Disember 2020

Langkah Jualan Pendek, atau ‘short selling’ ditangguhkan sehingga 31 Disember 2020.

Perkara ini diumumkan secara bersama oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Sebelum ini, ‘short selling’ telah ditangguhkan mulai 24 Mac 2020, dan telah dilanjutkan penggantungannya pada 28 April 2020. Ia seharusnya berakhir pada 30 Jun 2020, tetapi langkah terbaharu ini akan menjadikan ‘short selling’ digantung sehingga akhir tahun.