Baru-baru ini, di bawah Bajet 2020 – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengiktiraf Maxis selaku Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) bagi Geran Digitalisasi SME bernilai RM500 juta.
Pengiktirafan tersebut menjadikan Maxis sebagai syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan penyelesaian pemasaran digital dan Cloud POS kepada PKS.
Tindakan ini sekaligus dapat mempercepatkan proses peralihan ekonomi digital dalam kalangan warga PKS. Secara tidak langsung dapat membantu para usahawan dalam memperkasakan semula perniagaan mereka pada pasca Perintah Kawalan Pemulihan Pergerakan (PKPP).
Menurut Paul McManus – Maxis komited dalam membantu warga PKS dengan memanfaatkan kepakaran mereka pada penyelesaian digital.
Inisiatif ini berupaya membangunkan semula operasi perniagaan PKS disamping dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital negara.