Artikel

Petronas Selar Laporan Reuters Berhubung Konflik Bayaran Cukai Sarawak

Petronas menyelar dakwaan Reuters berhubung konflik pembayaran cukai kepada Sarawak.

Sebelum ini, Reuters telah membuat suatu laporan berkenaan “Malaysian energy giant’s board at odds with prime minister over payment to Sarawak state.

Dakwaan tersebut disifatkan sebagai tidak berasas dan sekadar spekulasi semata-mata.

Petronas menekankan bahawa sejajar dengan Pernyataan Bersama yang dikeluarkan pada 8 Mei 2020 – pihaknya dengan kerjasama pemegang saham kini sedang dalam proses rundingan bersama kerajaan Negeri Sarawak bagi mencapai keputusan komersial yang sesuai. 

Setakat ini, kedua-dua pihak kekal komited untuk mencapai hasil terbaik berhubung perkara tersebut. Pengukuhan ini dilihat penting untuk memastikan persekitaran perniagaan dan pelaburan kekal stabil.

Tindakan ini penting berikutan ketidaktentuan pasaran semasa.