Artikel

MaybankPay Akan Ditamatkan Efektif 20 Julai 2020

Pada 2016 yang lepas, Maybank telah memperkenalkan perkhidmatan membayar melalui telefon pintar, iaitu MaybankPay. Ia mmenggunakan sokongan NFC untuk tujuan pembayaran, dan melalui aplikasi MaybankPay, pengguna boleh memautkan kad kredit atau debit, dan seterusnya melakukan pembayaran dengan hanya tap peranti pada terminal Visa PayWave.

Ia boleh dikatakan antara penawaran terawal di Malaysia dalam mempopularkan transaksi nirtunai dan penggunaan perkhidmatan dompet digital. Namun, kini, dengan penawaran beberapa perkhidmatan alternatif, Maybank mengumumkan akan menamatkan penawaran MaybankPay, efektif 20 Julai 2020.

Maybank mengatakan sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan seperti Maybank2U atau MaybankQR untuk memudahkan pembayaran. Disamping itu, pengguna telefon pintar Samsung turut boleh menggunakan Samsung Pay untuk tujuan lebih kurang sama.

Melalui pengumuman pihak Maybank, mereka turut mengacah bakal hadir dengan sesuatu yang baru tidak lama lagi.