Artikel

RON95, RON97 – Naik 10 Sen Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Jun 2020 sehingga 3 Julai 2020 dilihat menunjukkan peningkatan.

Di mana harga runcit petrol RON95 menunjukkan kenaikan sebanyak 10 sen dari paras RM1.59 seliter kepada RM1.69 seliter. Manakala harga RON97 juga turut naik pada angka yang sama iaitu 10 sen dari RM1.89 seliter kepada RM1.99 dan Diesel pula naik 9 sen dari harga RM1.77 seliter kepada RM1.86.

Menurut Kementerian Kewangan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.