Tidak lama lagi, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan tampil dengan saluran khusus selama 24 jam.
Misi pelancaran ini adalah bertujuan untuk memerangi pemaparan berita palsu di Malaysia.
Menurut Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia menjelaskan tindakan ini dapat meningkat pemaparan berita sahih. Sekiranya inisiatif ini tidak dilakukan ia akan memberi kesan kepada orang awam dari segi penerimaan maklumat.
Untuk makluman saluran tersebut, akan disiarkan pada saluran MYFreeview 123, dalam pelbagai bahasa.
Turut difahamkan ia akan menawarkan 25 slot berita harian, 12 rancangan ceramah mingguan, lima berita perniagaan harian, dan dua program majalah mingguan.