Artikel

Great Eastern Beli Boost Dari Axiata

Syarikat insuran terkemuka di rantau ini – Great Eastern – telah membeli 22% saham Boost dari Kumpulan Axiata.

Pembelian ini adalah sebanyak $70 juta (RM300 juta).

Ini meletakkan perniagaan Boost kini bernilai sekitar RM1.4 bilion.

Transaksi ini masih memerlukan kelulusan pihak berkuasa.

Dengan penjualan 22% saham Boost, saham selebihnya akan dipegang oleh Axiata Digital Services, dengan kerjasama Mitsui & Co.

Menurut syarikat itu, Boost mempunyai 7.5 juta pengguna dan hadir beroperasi di Malaysia dan Indonesia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, dana yang diraihkan melalui penjualan ini akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur dan keperluan digital lain syarikat itu.