Artikel

Kemarau 30 Tahun Berakhir Buat Liverpool – Juara EPL

Kekalahan Manchester City kepada Chelsea telah menobatkan Liverpool selaku Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perbezaan dua mata antara pasukan ini menjadikan kelebihan memihak kepada Liverpool, dengan kemenangan 4-0 bersama Crystal Palace.

Dengan 28 kemenangan dan satu kekalahan dalam 31 perlawanan, Liverpool berjaya meraih rentak permainan dan memecah rekod pada catatan 25 mata di depan untuk bulan Februari – pendahulu terbesar dalam sejarah EPL.

Untuk makluman umum, kali terakhir kelab itu menyandang kejuaraan EPL adalah pada musim 1989-1990. Sejak itu, liga tersebut dikuasai oleh Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Manchester City, meninggalkan Liverpool jauh keterbelakang selama tiga dekad.

Pengulas Fox Sports, Martin Rogers berpendapat bahawa Liverpool dapat mengekalkan bentuk kejuaraannya untuk tahun-tahun akan datang.

Walaupun sesi permainan terpaksa dihentikan seketika dari pertengahan Mac hingga pertengahan Jun disebabkan pandemik COVID-19, Liverpool masih tetap bertahan, dan mampu menguasai musim EPL.

Prestasi ini menunjukan keazaman mereka dalam merebut kejayaan selaku juara EPL musim ini.