Artikel

Penstrukturan Semula Industri Padi Dan Beras Perlu Dilaksanakan

Peningkatan subsidi dan harga minimum padi ternyata tidak memberi sebarang jaminan keatas peningkatan pendapatan para petani negara.

Berdasarkan tinjauan Khazanah Research Institusi (KRI) pada Implikasi Peralihan Besar kepada Tanaman Industri dalam Sektor Pertanian Malaysia: Fasa I: Model Sistem Dinamik Sektor Padi dan Beras menunjukkan peningkatan sejak 2005 itu dilihat tidak mencukupi untuk meningkatkan hasil petani kerana ia dibatasi oleh sokongan intitusi yang lemah terutama penyelidikan, pembangunan dan pengembangan (RDE) dan input tempatan yang terbatas.

Namun kajian juga turut mendapati sekiranya terdapat penarikan mendadak pada subsidi dan insentif padi ia akan menjejaskan hasil padi negara dan keuntungan bersih petani terutama dalam jangka masa pendek.

Oleh itu, berdasarkan pemerhatian KRI – ajian mencadangkan satu kitaran eko-sistem yang progresif berpacukanĀ  gabungan mantap strategi RDE, subsidi dan insentif yang produktif dan pembangunan input tempatan. Bererti, sub-sistem RDE dipesatkan untuk meningkatkan hasil padi, intensiti penanaman, keberkesanan pengembangan, penyediaan insentif pengeluaran untuk menggalakkan kecekapan penggunaan input (tanah, buruh, baja dan modal) dan pengeluaran input tempatan.