Kadar hutang Malaysia dijangka boleh mencecah sehingga 55% bagi akhir tahun ini.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul – kadar tersebut dianggarkan berdasarkan kepada aktiviti kewangan negara dalam merangsang semula ekonomi negara disebabkan penularan krisis COVID-19 sejak Februari lalu.
Kerajaan telah mengumumkan rancangan rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion (PRIHATIN), diikuti dengan rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek (PENJANA) bernilai RM35 bilion yang bertujuan untuk merangsang ekonomi negara yang dilanda wabak COVID-19, menjadikan kerajaan suntikan fiskal langsung kepada RM45 bilion.
Bagaimanapun Tengku Zafrul menekankan bahawa 98% hutan negara adalah berasaskan hutang domestik, kenyataan itu bermakna pendedahan negara terhadap risiko penetapan kadar mata wang asing adalah terhad.
Beliau turut mengatakan Malaysia mampu membayar nisbah hutang kepada KDNK 55 peratus.
Meskipun, Malaysia memiliki nilai defisit yang tinggi, tindakan tersebut adalah untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara.