Artikel

SoftBank Rancang Jual Pegangan T-Mobile

SoftBank Group Corp kini dikhabarkan telah bersedia untuk menjual sebahagian pegangannya pada syarikat T-Mobile US Inc.

Harga jualan tersebut ditetapkan pada kadar $103 sesaham (RM440.25) bagi meraih pengumpulan sehingga $13.76 bilion (RM58.8 bilion).

Malah, SoftBank pada hari Isnin lalu telah melancarkan satu siri urus niaga untuk melepaskan saham bernilai lebih dari $21 bilion di T-Mobile, kerana ia mencari dana untuk rancangan pembelian semula saham dan pengurangan hutang bernilai $41 bilion (RM175.2 bilion). Ini termasuk tawaran awam sebanyak 133.5 juta saham.

SoftBank bagaimanapun enggan mengulas berkenaan isu ini. Setakat ini, saham T-Mobile ditutup pada hari Selasa pada $107.16 (RM458).