Artikel

Penggunaan Dompet Digital Di Malaysia Lebih Popular Berbanding Negara Asia Tenggara Lain

Meskipun, krisis COVID-19 telah mengekang pertumbuhan ekonomi dunia namun ia tidak menyekat peningkatan pada pertumbuhan ekonomi digital bagi penggunaan dompet digital dalam kalangan masyarakat Asia Tengara.

Ini dibuktikan apabila Malaysia telah tampil selaku pendahulu pada penggunaan dompet digital bagi Asia Tenggara.

Menerusi Kajian Impak Mastercard 2020 menunjukkan Malaysia mendahului dengan catatan sebanyak 40% dikuti Filipina 36%, Thailand 27% dan Singapura 26%.

Untuk makluman, data pada laporan ini ia merangkumi maklumbalas daripada 10,000 pengguna dan penglibatan perniagaan profesional merangkumi 10 pasaran di rantau Asia Pasifik.

Hampir separuh pengguna Malaysia yang mengikuti bancian ini bersetuju akan peningkatan pembelian secara dalam talian. Di mana, 64% masyarakat negara bersetuju akan terus melakukan pembelian secara dalam talian ketika krisis COVID-19 mahupun sebelum krisis tersebut berlaku.

Tindakan itu secara terus membawa kepada peningkatan dalam penggunaan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) pada ekonomi digital. Ini menjadikan penggunaan dompet digital di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding dengan pasaran lain di Asia Tenggara.

Malah, laporan turut menunjukkan penggunaan pembayaran secara tunai dalam jual-beli Malaysia telah menurun sehingga 64% sejak berlakunya krisis COVID-19.