Artikel

Singapura Umum Pembubaran Parlimen

Dikala dunia sedang mengalami krisis COVID-19 – atas nasihat Perdana Menteri Singapura, Lee Sien Loong, Presiden Singapura, Halimah Yacob hari ini telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya negara tersebut dalam tempoh tiga bulan lagi.

Untuk makluman pada pilihan raya sebelum ini, Parti Tindakan Rakyat telah berjaya mempelopori sebanyak 83 kerusi daripada 89 kerusi dipertandingkan.

Menurut Jawatankuasa Kajian Sempadan Pilihan Raya Singapura, dijangka jumlah kerusi parlimen yang akan dipertandingkan akan meningkat kepada 93 kerusi parlimen.

Setakat ini, tiada lagi makluman berkenaan tarikh pilihan raya tersebut.