Artikel

Standard Chartered Dan PPZ-MAIWP Bekerjasama Untuk Tawar Pembayaran Zakat Dalam-Talian

Standard Chartered hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), sekaligus membolehkan para pelanggan Standard Chartered membayar zakat terus melalui laman perbankan mereka, atau aplikasi mudah-alih Standard Chartered Malaysia.

Dengan populariti gaya hidup digital, langkah ini akan memudahkan lagi pengguna untuk membuat pembayaran zakat ke pihak berkuasa.

Buat masa ini, perkhidmatan ini terhad kepada pelanggan tempatan sahaja. Tetapi pengguna Malaysia yang berada di luar negara, turut boleh menyalurkan bayaran zakat kembali ke Malaysia dengan hanya satu klik sahaja.

Bagi anda yang menggunakan akaun perbankan Standard Chartered, boleh mencuba ciri ini melalui laman perbankan atau aplikasi mudah-alih berkenaan.