Artikel

iflix Sertai Tencent?

iflix kini berkemungkinan akan bergabung bersama Tencent, platform penstriman China.

Perihal ini susulan kemunculan aplikasi iflix dan WeTV Tencent semalam pada platform Google Play yang menunjukkan – kedua-dua aplikasi tersebut berada dibawah naungan Renfeng Media Tech Inc. Kedua-duanya adalah aplikasi yang diterbitkan dibawah pembangun berkaitan Tencent.

Lebih menarik sehingga jam 8.57 pagi, Apple telah menyenaraikan Image Future Investment (HK) Limited sebagai penerbit aplikasi WeTV – yang mana turut dipercayai berhubung rapat dengan Tencent.

Sekiranya telahan ini tepat, berkemungkinan akan terdapat pengumuman rasmi berkenaan penjualan iflix kepada Tencent kelak.

Setakat ini, nasib 100 orang pekerja iflix masih lagi tidak diketahui, sama ada kekal pada pasukan baharu atau terdapat pemberhentian pekerja dilakukan.