Artikel

Maybank Dan Shopee Bakal Melancarkan Kad Kredit Khusus

Maybank, salah satu bank terkemuka di Malaysia dijangka akan memperkenalkan sebuah kad kredit khas memfokuskan kepada arena edagang, hasil kerjasama dengan Shopee.

Shopee merupakan salah satu perkhidmatan edagang popular di Malaysia, yang bersaing secara rapat dengan Lazada.

Kad kredit baru ini dijangka dinamakan sebagai Maybank Shopee Credit Card. Ia dijangka akan menawarkan sejumlah ciri-ciri yang dioptimasikan khusus untuk laman edagang berkenaan, termasuk menawarkan pulangan tunai dalam bentuk Shopee Coins.

Buat masa ini, info penuh mengenai penawaran ini masih tidak diketahui lagi. Maybank dan Shopee ini dijangka diperkenalkan secara rasminya pada minggu hadapan, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini.