Artikel

Setelah Pengguna Memberontak, Suruhanjaya Tenaga Umum Tarif Elektrik Dinilai Semula

Penilaian semula ke atas kadar semasa tarif elektrik akan dikaji semula.

Menurut Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga – tindakan tersebut bagi memastikan kebajikan masyarakat negara terus terjamin.

Untuk makluman pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) akan mula berkuat kuasa pada tempoh 2021 hingga 2023 kelak.

Setakat ini, Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan eletrik secara percuma selama 3 bulan akan diberikan kepada pengguna domestik.

Bagaimanapun ia hanya tertakluk kepada penggunaan elektrik di bawah 300 kilowatt per jam dan bil bawah RM77 untuk bulan April, Mei dan Jun.

Turut difahamkan pemberian tersebut akan memberi manfaat sehingga 4 juta pengguna domestik elektrik negara.

Manakala, pengguna domestik yang melebihi penggunaan 300 kilowatt pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 bagi tempoh tiga bulan – April, Mei dan Jun.