Artikel

Lagi Lapan Hari Untuk Selesaikan Cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai utnuk segera kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) selewat-lewatnya 30 Jun 2020.

Ini adalah untuk kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan.

Bagi pembayar cukai individu, LHDNM turut menyediakan senarai pelepasan cukai bagi Tahun Taksiran 2019 bagi membantu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pelepasan-pelepasan cukai yang boleh dituntut ketika mengisi BNCP.

Menurut LHDNM, sehingga 15 Jun 2020, sebanyak 2,175,596 borang nyata cukai bagi TT2019 telah diterima oleh LHDNM daripada pembayar cukai dalam kategori yang tidak menjalankan perniagaan.

Lazimnya, tarikh akhir untuk membayar cukai adalah pada akhir bulan April setiap tahun.

Namun, beberapa langkah proaktif kerajaan untuk menangani beban kewangan akibat COVID-19 adalah termasuk untuk menangguh tarikh pembayaran cukai bagi tahun ini.