Oleh Jerome Taylor & Beiyi Seow di Beijing, diterjemah rnggt.com
Syarikat e-dagang gergasi China, JD.com menarik perhatian pelabur apabila harga saham mereka melonjak tinggi pada hari pertama disenarai di bursa saham Hong Kong.
Saham JD.com naik enam peratus, meningkat hampir RM18 bilion (AS$4 bilion).
Ini merupakan tawaran awam permulaan (initial public offering atau IPO) kedua terbesar tahun ini.
Syarikat teknologi sering kali menarik perhatian pelabur, dan kali ini ia sekali lagi membuktikan bahawa tarikan ini membawa hasil yang lumayan.
Keadaan bertambah baik untuk syarikat-syarikat di sektor ini, kerana suasana ekonomi di antara Washington dan Beijing semakin keruh.
Keadaan politik domestik juga agak buruk setelah protes demi protes sering kali berlaku di Hong Kong, susulan beberapa undang-undang baharu yang diluluskan di wilayah itu, kerana undang-undang ini dituduh memberatkan lebih hak di Beijing, dan mengurangkan autonomi penduduk di Hong Kong.
JD disenarai di Nasdaq di New York pada tahun 2014, dan dibuka pada HK$239 pada dagangan awal di Hong Kong, berbanding harga senarai HK$226.
Harga tutup dagangan adalah HK$234.00.
Sepanjang beberapa minggu, dagangan di bursa saham Hong Kong agak tidak menentu.
Awal bulan ini, satu lagi syarikat teknologi China berjaya meraih RM10 bilion (AS$2.7 bilion) di IPO mereka, dan juga melonjak enam peratus pada hari pertama dagangan.
Syarikat-syarikat China lebih gemar meraih modal di pasaran terbuka yang lebih hampir dengan negaranya, kerana isu diplomatik dengan negara-negara barat semakin meruncing.
Pelabur luar negara juga lebih rapat mengikuti isu keterbukaan dan keselamatan di China, terutamanya selepas syarikat seperti Luckin Coffee (yang disenarai di AS) dilanda skandal perakaunan.
“Kami telah datang ke Hong Kong bukan sahaja kerana hendak berkongsikan idea dan semangat kami di sini dengan pelanggan, tetapi juga kerana kami ingin menunjukkan keyakinan kami terhadap negara dan ekonomi China,” kata Xu Lei, Ketua Pegawai Runcit JD semasa acara pembukaan syarikat penyeneraian syarikat itu di Hong Kong.
“Jika JD benar-benar ingin menjadi sebuah perniagaan peringkat global, ia memerlukan modal yang datang dari seluruh dunia dan tidak menyekat pelaburan yang datang hanya dari satu-satu negara,” tambah beliau.
Kuasa Pembelian Runcit China
IPO JD.com adalah kedua terbesar di dunia, selepas High Speed Railway meraih AS$4.3 bilion pada bulan Januari, menurut Bloomberg News.
Senarai dua bursa membantu syarikat seperti ini untuk lebih baik bersaing dengan syarikat e-dagang lain seperti Amazon di AS dah Alibaba di China, yang meraih sejumlah modal yang sangat besar, iaitu RM56 bilion (AS$12.9 bilion) di bursa saham Hong Kong tahun lepas. – AFP