Artikel

Saudi Arabia Berisiko Hilang AS$12 Bilion Jika Batalkan Musim Haji 2020

Arab Saudi dijangka akan membatalkan sama sekali musim haji bagi tahun 2021.

Pada tahun lepas, seramai 2.5 juta jemaah terlibat dalam musim haji itu.

Pemerhati serata dunia berpendapat, membatalkan musim haji bagi tahun ini adalah langkah wajar, kerana kes koronavirus terus melonjak di rantau itu.

Negara-negara Muslim mendesak Riyadh untuk memberikan sebuah kata putus dengan segara. Keputusan ini dilaporkan sebagai sudahpun lewat untuk diberikan, namun Arab Saudi terus membisu untuk mengumumkannya.

Musim haji tahun lepas adalah antara yang terbesar yang pernah di anjurkan. Ia menarik kira-kira 2.5 juta jemaah, nampaknya mungkin tidak akan berlaku tahun ini setelah pihak berkuasa menasihatkan umat Islam serata dunia pada akhir Mac untuk menangguhkan persiapan mereka kerana penyakit COVID-19 ini yang kian merebak.

“Keputusan yang harus difikirkan sekarang adalah untuk mengadakan musim Haji yang ringkas, atau membatalkannya sama sekali,” kata seorang pegawai Asia Selatan yang sedang rapat berhubung dengan pihak berkuasa haji Saudi kepada AFP.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP “keputusan muktamad akan segera diumumkan.”

Indonesia, negara Muslim paling ramai di dunia, menarik diri dari haji bulan ini setelah mendesak Riyadh, dengan seorang menteri menyebutnya sebagai “keputusan yang sangat pahit dan sukar”.

Malaysia, Senegal dan Singapura telah membuat pengumuman serupa.

Negara lain – dari Mesir dan Maghribi hingga Turki, Lubnan dan Bulgaria – mengatakan mereka masih menunggu keputusan Riyadh.

Di negara-negara minoriti Islam, seperti Perancis, para pemimpin agama telah mendesak umat Islam untuk “menangguhkan” rancangan haji mereka hingga tahun depan kerana risiko yang berlaku.

Ibadah haji, satu kewajipan bagi umat Islam yang berkebolehan untuk tunaikan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka, merupakan sumber pendapatan yang besar kepada Arab Saudi.

‘Melengahkan Masa’

“Pada saat-saat terakhir jika Saudi mengatakan ‘kami bersedia untuk menunaikan haji penuh’, (secara logistik) banyak negara tidak akan berada dalam kedudukan untuk turut serta”, kata pegawai Asia Selatan ini kepada AFP.

Di tengah-tengah krisis penerbangan antarabangsa yang berterusan, haji yang dikurangkan dengan hanya penduduk tempatan adalah senario yang mungkin berlaku, tambah pegawai itu.

Keputusan untuk membatalkan haji akan menjadi yang pertama sejak kerajaan ini didirikan pada tahun 1932.

Arab Saudi berjaya melaksanakan sebuah musim haji semasa wabak Ebola dan MERS sebelum ini.

Di hospital Saudi, sumber mengatakan tempat tidur rawatan intensif cepat sudah dipenuhi, dan semakin banyak pekerja kesihatan telah dijangkiti virus itu kerana jumlah kes telah mencapai 130,000 orang.

Kematian telah melepasi paras 1,000 pada hari Isnin.

Untuk mengawal wabak ini dari berterusan, pihak berkuasa mengetatkan sekatan di kota Jeddah, pintu masuk ke kota ziarah Mekah.

‘Patah Hati’

“Haji adalah perjalanan spiritual yang paling penting dalam kehidupan mana-mana Muslim, tetapi jika Arab Saudi meneruskan senario ini, ia akan memberi tekanan pada sistem kesihatannya sendiri,” kata Yasmine Farouk dari Carnegie Endowment for International Peace.

“Mereka juga bertanggungjawab terhadap kesemua jemaah yang mengunjung ke negaranya,” tambah beliau.

Jika musim haji ini dibatalkan atau dikurangkan, ia akan merugikan kerajaan sebanyak berbilion ringgit.

Ekonomi negara ini juga akan tergugat kerana pendapatan dari minyak juga terganggu akibat kejatuhan harga minyak seluruh dunia.

Sebanyak AS$12 bilion dimasukkan ke dalam ekonomi Saudi setiap tahun, menurut angka rasmi – AFP