Syarikat perkapalan dan logistik, MISC Berhad mengumumkan bahawa Pengerusi lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan serta merta.
YB Tan Sri Noh Omar dilantik ke jawatan itu pada 1 Jun 2020.
Menurut fail ke Bursa Malaysia, alasan beliau meletak jawatan adalah dibuat setelah berunding dengan YAB Perdana Menteri.
Tarikh peletakan jawatan beliau berkuatkuasa 17 Jun 2020.
Tan Sri Noh adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang. Beliau menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 2004, dan telah mempertahankan kerusi itu pada Pilihanraya Umum Ke-14 setelah memenangi cabaran tiga-penjuru.