Artikel

Kelab-Kelab Liga Inggeris Rugi Jutaan Pound Sterling, Namun Semua Akur

Keadaan semasa menyebabkan kesemua kelab Liga Inggeris (EPL) dijangka akan mengalami kerugian jutaan Pound Sterling.

Ini kerana, walaupun EPL akan bermula minggu ini, penonton tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium dan menonton perlawanan yang diadakan.

Pihak pengurusan EPL hanya akan melaksanakan perlawanan melalui pintu tertutup. Dan orang ramai hanya boleh menonton perlawanan melalui TV.

Ini menyebabkan kelab-kelab tidak dapat memungut jualan tiket stadium.

Cabaran dirumitkan lagi kerana EPL masih lagi tidak ketahui tempoh sebenar tontonan aksi bola sepak di stadium dapat dianjurkan.

Kenyataan ini turut diakui oleh Rick Parry – Ketua Liga Bola Sepak Inggeris.

Parry melihat kutipan perolehan daripada sokongan penyokong bola sepak adalah sangat penting dan ianya tidak boleh dipandang rendah pada pemain industri.

“Sangat penting untuk model perniagaan bola sepak liga. Mungkin cabaran terbesar sekarang adalah tidak mengetahui bilakah kita akan dapat memperkenalkan semula bola sepak di hadapan orang ramai”.

Di sebalik ketakutan itu, Ketua UEFA – Aleksander Ceferin kekal yakin bahawa penyokong akan kembali ke stadium ‘tidak lama lagi’.

Mereka bagaimanapun masih berfikiran positif agar situasi semula dapat dipulihkan semula.