Artikel

Malaysia Duduki Tangga Ke 27 Pada Ekonomi Negara Paling Kompetitif Di Dunia – IMD

Malaysia kini duduki tangga ke 27 dari 63 buah negara dalam laporan IMD – ekonomi negara yang paling kompetitif di dunia.

Bagaimanapun, negara telah jatuh sebanyak 5 tangga kedudukan berbanding tahun lalu Malaysia duduki tangga ke 22. Perkara ini dipengaruhi oleh penurunan skor pada kecekapan kerajaan, operasi perniagaan serta pembangunan infrastruktur negara.

Menurut laporan IMD, negara-negara yang mengungguli Malaysia dalam peringkat persaingan dunia iniĀ  adalah United Kingdom (ke-19), Korea Selatan (ke-23), Arab Saudi (24), Belgia (ke-25) dan Israel (ke-26).

Secara khususnya kedudukan kecekapan kerajaan Malaysia telah turun enam anak tangga, ke-30, sementara kecekapan perniagaan pula turun 11 anak tangga ke-29 dan infrastruktur turun tiga tempat ke tangga ke-31.

Walau bagaimanapun, kedudukan prestasi ekonomi Malaysia meningkat dua anak tangga, 9.

Ahli ekonomi mengatakan laporan IMD berfungsi sebagai peringatan kepada pembuat dasar mengenai keperluan untuk terus meningkatkan kecekapan negara.