Artikel

Everpeaks®️ Raih RM1.6 Juta Pada PitchIN, Sasar Pasaran Asia Tenggara

Everpeaks®️ baru-baru ini, telah mengumumkan pengumpulan dana melalui pitchIN – platform biayasama ekuiti (ECF) dengan jumlah RM1.6 juta.

Menerusi pengumpulan dana tersebut, Everpeaks®️ merancang untuk meluaskan empayar mereka ke pasaran Asia Tenggara.

Untuk makluman Everpeaks®️ adalah penyedia penyelesaian e-dagang pada pelbagai saluran. Visi mereka adalah untuk membantu jenama mempamerkan produk ke pasaran global.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Everpeaks®️ – Joachim Sebastian menyifatkan perolehan dana tersebut dapat mengukuhkan operasi perniagaan mereka. Di mana, kadar pertumbuhan operasi telah meningkat sehingga 76%.

Malah 40% tumpuan telah diberikan kepada pelaburan untuk mengembangkan perniagaan. Ia juga termasuk perancangan dalam memperuntukkan 30% dana tambahan untuk membangun penyelesaian teknologi.

Selain itu, 20% dana pula diperuntukkan untuk membina kekuatan tenaga kerja syarikat.

Lebih menarik Everpeaks®️ turut menjadi satu-satunya rakan rangkaian buat plaform Amazon bagi Asia Tenggara, dan eBay serta Payoneer pula pada peringkat Malaysia.

Everpeaks®️ juga turut optimis akan peningkatan pasaran pada platform e-dagang. Di mana krisis COVID-19 telah memaparkan peningkatan pada perubahan trend pembelian pengguna. Ini menjadikan permintaan semakin tinggi pada keperluan kepakaran mereka.