Artikel

Singapura Kekal Kedudukan Teratas Selaku Ekonomi Paling Kompetitif Di Dunia

Singapura masih lagi kekal pada kedudukan teratas sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia dalam edisi IMD.

IMD menyatakan bahawa faktor-faktor di sebalik kejayaan Singapura adalah prestasi ekonominya yang kuat, yang berpunca dari langkah perdagangan dan pelaburan antarabangsa, pekerjaan dan pasaran buruh yang mantap.

Kedudukan ini juga banyak didorong oleh kemudahan penubuhan perniagaan, ketersediaan tenaga kerja mahir dan infrastruktur teknologinya yang canggih. Selain itu, prestasi yang stabil dalam sistem pendidikan Singapura dan infrastruktur teknologi – telekomunikasi, kelajuan jalur lebar Internet dan eksport berteknologi tinggi – juga memainkan peranan penting.

Lima teratas selepas Singapura adalah Denmark, Switzerland, Belanda dan Hong Kong. Sebagai sebuah kumpulan, mereka menggambarkan kekuatan banyak ekonomi kecil di tengah gangguan yang disebabkan oleh wabak coronavirus, kata Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), yang berpusat di Lausanne, Switzerland, dalam satu pernyataan pada hari Selasa (16 Jun).

Manakala Amerika Syarikat, Kanada pula naik ke tangga ke-8 dari ke-13, sementara di Eropah, United Kingdom naik dari 23 hingga 19, dan Perancis menurun dari 31, ke tangg 32 untuk tahun ini.