Grab hari ini (16 Jun) telah mengumumkan pengurangan tenaga kerja mereka dengan melibatkan pemberhentian seramai 360 orang pekerja.
Tindakan itu susulan daripada kesan ketara yang dialami syarikat disebabkan krisis COVID-19.
Sejak Februari lagi operasi perniagaan Grab telah mengalami kemelesetan yang berpanjangan. Berikutan itu, Grab kini berada dalam fasa pemulihan di mana ia sedang mengkaji semua kos perbelanjaan, mengurangkan perbelanjaan dan melaksanakan pemotongan gaji keatas pengurusan tertinggi.
Selain pengurangan tenaga kerja, Grab turut akan menghentikan beberapa projek teras mereka. Ini bagi memberi laluan kepada fasa pemulihan terlebih dahulu.
Menurut Anthony Tan – Pengasas Grab, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada lagi pemberhentian tenaga kerja akan dilakukan untuk tahun ini.
Grab akan menumpukan perhatian terhadap teras utama seperti ride-hailing, penghantaran, pembayaran dan perkhidmatan kewangan untuk menangani cabaran dan mengambil peluang di dalam ekonomi ‘new normal’.