Artikel

StashAway Kini Melancarkan Platform Pengurusan Tunai Tanpa Had – StashAway Simple

StashAway kini memperkenalkan StashAway Simple, iaitu sebuah platform pengurusan tunai tanpa had.

Berbeza daripada produk pengurusan tunai yang lain, StashAway Simple ini adalah dibawah patuh shariah dengan jangkaan pulangan sebanyak 2.4% setahun. Lazimnya di Malaysia, pilihan bagi pengurusan tunai ialah deposit tetap yang kebiasaannya memberi ganjaran kepada individu sebanyak 1.9% – 2.1%.

Di mana, ia juga berfungsi menawarkan kadar baki sama-rata tanpa sekatan atau batasan transaksi, dan tanpa mengenakan cas pengurusan.

Selain itu, tujuan utama platform ini adalah untuk memberi akses kepada orang ramai dalam pengeluaran tunai. Pengurusan tunai adalah elemen penting dalam rancangan kewangan setiap individu, tanpa mengira nilai. Selain mendorong rakyat Malaysia kepada pelaburan, mereka juga ingin masyarakat menggunakan platform ini sebagai penyimpanan aset.