Artikel

Terima Kasih Warga PNB – Jalil Rasheed

Secara rasminya, Jalil Rasheed kini tidak lagi memegang jawatan selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB).

PNB telah mengesahkan kenyataan tersebut setelah menerima peletakan jawatan Jalil pada hari ini (15 Jun).

Peletakan jawatan tersebut telah berkuat kuasa secara serta merta.

Terbaharu Jalil pada ciapan Twitternya turut meluahkan penghargaannya kepada warga PNB sepanjang beliau berkhidmat selama 7 bulan.

Sebelum ini, telah terdapat laporan mengatakan bahawa kedudukan Jalil akan digantikan dengan calon baharu. Antara yang dinamakan adalah Ahmad Zulqarnain Onn, Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd, dan Abdul Farid Alias, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank.