Artikel

Pelabur Credit Suisse Pertahan Jalil

Rentetan daripada pelaporan pengunduran diri Jalil Rasheed selaku Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) – Stephen Hagger, CEO Credit Suisse Securities (Malaysia) telah tampil mempertahankan kedudukan Jalil.

Stephen beranggapan pengunduran Jalil adalah suatu kehilangan besar buat arena pelaburan negara.

Ini kerana, Jalil disifatkan sebagai seorang yang lantang berkongsikan kritikannya, dan dia dilihat dapat membezakan perkara yang betul mahupan salah dalam sesebuah pelaksanaan strategi. Jalil bukan sahaja lantang berkongsikan pandangan malah dia adalah individu yang memahami permintaan pasaran pelaburan. Ini menjadikan Jalil sedikit berbeza berbanding yang lain.

Malah, Jalil juga gemar berkongsikan pandangannya berhubung salah laku ahli korporat serta politik dalam organisasi. Cara kritikannya dilihat amat menghiburkan dan mampu membuat para pembaca memahami kritikan yang diberikan.

Menurut Stephen lagi, umum ketahui Jalil sebelum ini telah dilantik dibawah pimpinan Pakatan Harapan – ia menjadikan jawatan beliau tidak lagi relevan untuk kepimpinan baharu. Meskipun masih tidak mempunyai kenyataan rasmi, namun Stephen menyifatkan itu adalah sebahagian daripada isu yang sedang hangat diperdebatkan.