Jalil Rasheed kini telah meletak jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB)
Menurut laporan FocusM, perkara tersebut baru sahaja diperolehi dan kenyataan rasmi akan dimaklumkan kemudian.
Malah kenyataan ini turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Securities (Malaysia) Stephen Hagger, kepada para pelanggannya.
Turut difahamkan, terdapat beberapa calon pilihan telah dinamakan bagi pengunduran Jalil ini. Ianya adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Ahmad Zulqarnain Onn dan Presiden, CEO Maybank, Abdul Farid Alias.
Pengunduran diri Jalil ini dilihat suatu kehilangan yang besar buat pertumbuhan negara, ini kerana segala strategi beliau terhadap pembangunan PNB telah tergendala.
Sebelum ini, Jalil memulakan kariernya selama lima tahun di Aberdeen Standard Investment, London dan kembali ke Malaysia untuk mengembangkan operasiĀ Aberdeen di Malaysia.
Setelah itu, beliau turut memgang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Invesco Ltd, sebuah syarikat pelaburan AS yang beroperasi di Singapura, dan kekal dengan syarikat itu selama enam setengah tahun, sebelum beralih kepada PNB
Setakat ini, masih menanti kenyataan rasmi dari PNB dan Jalil berhubung peletakan jawatannya.