Para graduan dan individu kini boleh mendaftar pada portal MyFutureJobs di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendapatkan khidmat kaunselor kerjaya.
Tindakan ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat negara namun turut membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Lebih menarik, ruang ini turut tertumpu kepada para majikan.
Di mana majikan juga boleh melakukan tindakan yang sama dengan mendaftarkan sebarang kekosongan jawatan dan pengambilan pekerja mulai hari ini (15 Jun) pada penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
Selain inisiatif ini, PERKESO juga turut meneliti peluang kerjasama dengan Perkhidmatan Pekerjaan Swasta bagi meningkatkan plaform pekerjaan kepada masyarakat Malaysia.