Saluran YouTube Les’ Copaque Production telah berjaya mencecah 10 juta pelanggan. Ini adalah kali pertama sebuah saluran YouTube yang berasal dari Malaysia mencecah angka ini.
Les’ Copaque Production kini layak menerima anugerah “Diamond Play Button” dari YouTube, sebuah anugerah yang lazimnya diberikan kepada saluran yang berjaya mencecah 10 juta pelanggan.
Sehingga Februari 2020, hanya 566 Saluran YouTube di seluruh dunia yang telah mencapai 10 juta pelanggan.
Diwujudkan pada tahun 2009, saluran ini memaparkan pelbagai harta intelek hasil keluaran syarikat ini seperti Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu, DaDuDiDo dan yang terkini siri baru berbahasa Inggeris bertajuk “Upin & Ipin The Helping Heroes” yang mendapat tontonan lebih 2 juta.
Saluran ini telah mendapat tontonan melebihi 4 bilion.