Artikel

Hotel 5-Bintang Tioman Labuh Tirai Akibat COVID-19

Berjaya Tioman Resort telah melabuhkan tirai mereka akibat ketiadaan permintaan susulan wabak COVID-19.

Melalui sebuah pengumuman yang dibuat di laman sosial hotel itu, mereka akan mengakhiri operasinya pada 15 Jun 2020.

Hotel bertaraf 5-bintang itu merupakan mangsa terbaru dalam penutupan hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan di negara ini.

Trend ini bukan sahaja terkesan di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Menurut Persatuan Hotel Malaysia (MAH), sekitar 50,000 pekerjaan berada dalam risiko kehilangan pekerjaan mereka sekarang.

Permintaan kepada industri hotel telah jatuh merudum akibat wabak ini.

Berjaya Tioman Resort telah mula beropearasi lebih 50 tahun dahulu. Antara sebab yang disebut tentang mengapa mereka menutup operasinya, adalah kerana hutang yang semakin meningkat.

Menurut hotel itu, kos untuk membayar pampasan kepada pekerja sedia ada berjumlah sekitar RM8 juta.