Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff kini telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menurut laporan Focus Malaysia ini, dijangka Rais Hussin akan menemui Dato’ Saifuddin Abdullah serta ahli MDEC yang lain pada 15 Jun ini.
Turut difahamkan, sebelum ini – beliau telah dinamakan sebagai calon Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Untuk makluman, Rais merupakan Majlis Tertinggi Ahli Bersatu dan adalah Pengasas serta Pengarah Kumpulan bagi Emir Research (M) Sdn Bhd.