Pengambilalihan kepimpinan Serba Dinamik sejak 3 tahun lalu telah berjaya membuahkan hasil dengan menembusi pasaran Laut Utara.
Kumpulan itu kini telah menjadi antara syarikat tempatan yang semakin meningkat naik dengan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 18.9% pada suku pertama tahun 2020.
Catatan ini menunjukkan peningkatan dalam semua segmen perniagaannya kepada RM133.6 juta daripada RM112.37 juta untuk suku yang sama tahun lalu.
Bercerita tentang pemulaan syarikat ini, Serba Dinamik Holdings Berhad telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad persendirian di Malaysia, dengan nama Serba Dinamik Holdings Sdn Bhd pada 2 Disember 2015, dan kemudiannya ditukarkan menjadi syarikat berhad awam pada 13 Mei 2016.
Ia dtubuhkan sejak tahun 1993 lagi, di mana Serba Dinamik Holdings menyediakan penyelesaian kejuruteraan bersepadu untuk Minyak & Gas (O&G), petrokimia.
Selain itu syarikat turut menawarkan operasi dan penyelenggaraan, integrasi sistem, latihan, pekerjaan am, perancangan, perolehan, pembinaan, dan perkhidmatan pentauliahan. Serba Dinamik Holdings kini memiliki dan mengendalikan kemudahan operasinya di Malaysia, Indonesia, UAE, Bahrain, Singapura, India dan United Kingdom.
Serba Dinamik Holdings juga merupakan syarikat pegangan pelaburan dan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan.
Disebalik Tadbir Serba Dinamik
Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun pada arena kejuruteraan empayar ini telah dikelola oleh saudara tempatan iaitu Datuk Dr. IR. TS. Mohd Abdul Karim Abdullah yang merupakan Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif sejak Mei 2016 lagi.
Beliau adalah individu ke 36 yang terkaya di Malaysia dengan purata perolehan sebanyak RM1.7 bilion. Penglibatan beliau pada arena Minyak & Gas telah berjaya membawa Serba Dinamik ke tahap yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Datuk Abdul Karim telah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia. Setelah itu, beliau memperoleh PhD Kehormat dalam Kejuruteraan Industri dari Universiti InterAmerican, Amerika Syarikat pada tahun 2009 dan PhD dalam bidang Keusahawanan dari Golden State University, Amerika Syarikat pada tahun 2012.
Beliau juga adalah ahli Institusi Jurutera Malaysia sejak tahun 1994, anggota berdaftar Lembaga Jurutera Malaysia sejak tahun 1996 dan anggota Pertubuhan Kejuruteraan Persekutuan Asean sejak tahun 2002 lagi.
Sepanjang kerjayanya, Datuk Abdul Karim juga turut memiliki pengalaman yang luas dari negara luar berhubung kejuruteraan iaitu Jepun, Denmark, Jerman dan Singapura.
Pembabitan beliau pada Serba Dinamik telah membuka banyak peluang pasaran kepada industri O&G.
Antaranya adalah Serba Dinamik dilaporkan telah membeli 80% kepentingan dalam Wellahead Engineering, penyedia perkhidmatan kejuruteraan ketepatan yang berpusat di Aberdeen untuk industri minyak & gas Laut Utara, dengan wang tunai £ 1.5 juta (RM8 juta).
Tindakan itu sejajar dengan objektif kumpulan untuk perluaskan pasaran serta meningkatkan kepakaran dan kemampuan teknikal yang berfokus pada penyelenggaraan O&G disamping meneroka secara agresif ke lokasi geografi baharu.
Kini beliau juga terlibat dalam usahasama perbincangan mengenai teknologi terkini pada Industri 4.0, Pengurusan Integriti Aset dan Rantaian Blok Inovatif negara.
Sasaran Serba Dinamik
Melangkah ke hadapan, pertumbuhan pendapatan Serba Dinamik dijangka akan lebih banyak didorong oleh negara Timur Tengah dan Malaysia, yang menyumbang 90% daripada pendapatan bagi tahun lalu. Ia merangkumi peningkatan pertumbuhan pada O&M dan segmen EPCC pada Malaysia, Qatar, UAE, dan Oman.
Serba kini turut mencatatkan kenaikan pendapatan teras sebanyak 24% kerana peningkatan pendapatan 30%, didorong oleh semua segmen, seperti teknologi dan pendidikan, melaporkan kenaikan keuntungan kasar tinggi sebanyak + 35% tahunan, kerana memiliki perisian yang disesuaikan penyelesaian dari Qatar dan latihan program untuk PETRONAS.
Kesan Ketidaktentuan Ekonomi
Meskipun terdapat penurunan harga disebabkan ketidaktentuan pasaran minyak dan situasi operasi yang mencabar. Selaku penyedia perkhidmatan penyelenggaraan Serba Dinamik masih dapat meneruskan operasi pada tahap kapasiti 80%.
Di mana saham Serba Dinamik telah menunjukkan peningkatan sebanyak 62% sejak ia jatuh ke paras rendah sebelum ini pada RM1.13 untuk 19 Mac. Kaunter kini ditutup pada RM1.83, dan kumpulan mencatatkan nilai RM6.17 bilion.
Malah disebabkan krisis COVID-19 pula, pengurusan kumpulan telah bertindak untuk menurunkan sasaran pertumbuhan pendapatannya kepada 10-15% dari 15-20%. Ini bagi mengimbangi aliran ekonomi kumpulan yang perlahan.