Artikel

Jumlah Kemalangan Jalan Raya Papar Peningkatan Sejak PKPB Dilaksanakan

Jumlah kemalangan dilihat semakin meningkat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada siang sebentar tadi telah meluahkan rasa kebimbangan mereka berikutan peningkatan kemalangan sejak akhir-akhir ini.

Data PDRM ini menunjukkan, daripada tempoh 5 Mei 2020 sehingga 12 Mei 2020 iaitu untuk tempoh 8 hari jumlah kemalangan jalan raya adalah 5,904 kes, dengan 68 kematian. Daripada 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 pula 25,251 kes kemalangan telah direkodkan dengan 231 kematian iaitu 738 kemalangan sehari.

Jumlah ini mulai menunjukkan peningkatan memandangkan terdapat lebih banyak pergerakan kenderaan di atas jalan raya.

KKM prihatin dan mengambil berat tentang keselamatan orang ramai terutamanya golongan pekerja yang semakin ramai berulang alik ke tempat kerja susulan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, sosial dan lain-lain sektor.

Oleh itu orang ramai diminta untuk kekal berwaspada sewaktu melakukan perjalanan. Tindakan ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini terus berlaku.