Artikel

Sektor Penerbangan Dijangka Alami Kerugian RM360 Bilion – IATA

Tahun 2020 dijangka menjadi tahun terburuk buat sejarah penerbangan.

Sektor penerbangan dijangka alami kerugian pada tahun ini dengan jumlah RM360 bilion bersama kejatuhan margin keuntungan sehingga -20.1%.

Kenyataan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) ini juga mengatakan perolehan bagi syarikat penerbangan juga akan turut merosot kepada RM1.8 trilion.

Manakala, jangkaan kemerosotan pada tahun 2021 pula adalah RM67.5 bilion bersama perolehan meningkat kepada RM2.6 trilion.

Menurut Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA,  Alexandre de Juniac – dianggarkan daripada kemerosotan tersebut mereka akan kehilangan lebih RM160 bagi setiap penumpang untuk tahun 2020.

Meskipun pembukaan ekonomi telah dilakukan namun tempoh pemulihan untuk sektor ini dilihat akan mengambil masa yang lama. Ini merangkumi aspek lain yang peru ditanggung sperti kos hutang, kecekapan operasi, kemelesetan ekonomi dan keyakinan pengguna serta pelabur.