Artikel

Bermula Hari Ini, Sekatan Perjalanan Telah Dihentikan

Kini, tiada lagi sekatan jalan raya mahupun sekatan rentas negeri dilakukan.

Bermula hari ini (10 Jun), segala sekatan perjalanan telah dihentikan. Tindakan ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dikuatkuasakan.

Menurut Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, setakat ini sekatan jalanraya hanya tertumpu ke atas Ops Mabuk dan pesalahlaku jalanraya sahaja. Ia sekadar merangkumi operasi tertentu sahaja.

Berdasarkan laporan, anggota polis peronda kini dikerahkan untuk pemantauan di kawasan lebuh raya serta jalan utama bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar.