Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kini, hampir kesemua aktiviti dan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
Ini meliputi sektor pendidikan, keagamaan, premis perniagaan dan aktiviti sosial.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia diberi peringatan untuk mematuhi garis panduan yang telah diselaraskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tindakan itu bagi memastikan segala proses kelangsungan perniagaan berjalan dengan lancar dan perkara tersebut adalah dibawah tanggungjawab para pekerja serta majikan.
Penerapan norma baharu ini perlu dikekalkan supaya rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan.