Artikel

Fadhlullah Ganti Al-Ishsal Sebagai Pengerusi SKMM Mulai 10 Jun 2020

Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dilantik sebagai Pengerusi MCMC untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 10 Jun 2020.

Beliau menggantikan YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak yang telah berkhidmat sejak Oktober 2018.

Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek merupakan Naib Canselor dan CEO Universiti Perdana.

Beliau juga bekas anggota Suruhanjaya di MCMC dan menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Dr. Fadhlullah mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun dalam sektor telekomunikasi.

Sementara itu, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dilantik sebagai penasihat telekomunikasi kepada Menteri KKMM.

Beliau merupakan Pengerusi Lembaga UEM Sunrise Berhad dan pernah meneraju Telekom Malaysia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor ini.