Rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, Pelan Pembangunan Labuan 2030 perlu diteliti semula seiring dengan fasa pemulihan ekonomi ketika ini.
Untuk makluman, pelan tindakan ini telah dilancarkan sejak Januari 2018, ia bukan sekadar tertumpu pada pembandaran sahaja namun ia turut akan mengfokuskan kepada bahagian pelaburan melibatkan sektor ekonomi yang lebih luas.
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, di mana pelarasan semula harus dilakukan bagi memastikan pelan perancangan bandar dapat dilakukan dengan baik.
Disebabkan pelaksanaan tersebut berkemungkinan besar terdapat beberapa bidang akan ditambahbaik susulan perubahan dalam landskap pembangunan di negeri jiran iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.
Pelan ini penting kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana ia mampu mengubah kebergantungan Labuan daripada sektor minyak dan gas kepada ekonomi yang lebih luas seperti sektor pelancongan.
Ini dapat memperkukuhkan peranan mereka sebagai pusat pertumbuhan serantau di rantau Laut China Selatan.