Tidak lama lagi, para pekerja Malaysia – Singapura boleh melakukan rentas sempadan untuk urusan rasmi dan bagi jangka masa pendek.
Bagaimanapun cadangan tindakan tersebut masih perlu diteliti berdasarkan keadaan semasa krisis COVID-19 di Malaysia dan Singapura.
Kementerian Luar Singapura mengatakan persetujuan ini perlu mengikuti garis panduan pihak kesihatan bagi memastikan perjalanan yang dilakukan berada dalam keadaan terkawal dan selamat.
Tindakan ini adalah kerjasama antara Singapura dan Malaysia bagi membantu warganegara yang sebelum ini melakukan perjalanan ulang -alik antara dua negara tersebut.
Selain itu, Singapura turut memaklumkan pihak akan terus memikirkan kaedah yang terbaik dalam membolehkan rakyat Malaysia berkhidmat di negara tersebut.