Artikel

Penerbangan Antarabangsa Mula Dibuka Julai Ini – Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Bhd (MAB) kini telah mula meningkatkan kekerapan penerbangan domestiknya mulai bulan Jun ini.

Malah, dijangka pembukaan penerbangan antarabangsa pula akan dilakukan pada bulan Julai kelak.

Kenyataan tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kapten Izham Ismail MAB mengatakan pihaknya akan menyesuaikan kapasiti rangkaian dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan penumpang dipenuhi sebelum menyelaraskan semula jadual pada bulan Oktober untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Selain itu, MAB turut mengatakan penumpangnya dapat terus menikmati hiburan dalam penerbangan berjam-jam di skrin tempat duduk belakang mereka, penyambungan Wi-Fi dan kemudahan selesa dan selamat telah tersedia pada penerbangan terpilih.

Malah, MAB turut telah mengatur semula bahagian tempat makan dalam penerbangan untuk membatasi jarak antara kru kabin dan penumpang tetapi dijamin penting untuk semua kelas kabin, terutama pada penerbangan jarak jauh.

Bagaimanapun, perkhidmatan lain seperti bahan bacaan, dan pembelian cenderahati dalam penerbangan masih lagi ditangguhkan buat masa ini. Setakat ini, segala destinasi penerbangan luar negara adalah negara yang terpilih sahaja.

Untuk sebarang tempahan tiket penerbangan, pengguna boleh merujuk pada jadual di laman web Malaysia Airlines, dan penumpang diminta untuk melakukan daftar masuk dalam talian atau melalui telefon pintar untuk mengurangkan interaksi dan mengelakkan beratur di lapangan terbang, terutama yang melakukan perjalanan di dalam dan luar negara –https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html