Artikel

CEO Sapura Kini Dilantik Sebagai Pengerusi MIMOS

Tan Sri Shahril Shamsuddin kini dilantik sebagai Pengerusi MIMOS Malaysia, pusat penyelidikan dan pembangunan negara. Pelantikan ini telah berkuat kuasa sejak 18 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, MIMOS yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi (MOSTI), mengatakan Shahril menggantikan Datuk Wira Omar Kaseh, yang menyelesaikan tempoh tiga tahunnya.

Lebih menarik ini adalah kali kedua dalam tempoh dua belas tahun TS Shahril Shahri memegang jawatan ini.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi MIMOS dari 16 Jan 2005 hingga 4 Julai 2008.

TS Shahril yang juga merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Sapura, turut memiliki pelbagai pengalaman dalam bidang teknologi komunikasi termasuklah, penerbangan, pembuatan automotif dan pembangunan hartanah.

Penglibatan TS Shahril pada MIMOS dilihat dapat memperkuatkan peranan MIMOS dalam mengembangkan industri.