Dalam satu kenyataan Delicious Group baru-baru ini, mereka telah mengumumkan penghentian operasi perniagaan.
Untuk makluman, keputusan ini dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi. Ini kerana ketidaktentuan ekonomi mendorong mereka berbuat demikian.
Namun disebabkan pelaksanaan PKP, pihaknya menangguhkan penutupan bagi membantu para pekerja yang masih memerlukan pekerjaan.
Kini, setelah hampir 20 tahun berkhidmat Delicious Group melihat ini adalah masa yang terbaik untuk mereka mengumumkan pengunduran diri dalam arena perkhidmatan makanan.