Artikel

Sejumlah RM1.5 Bilion Diperuntukkan Bagi Penyediaan Peluang Pekerjaan

Bagi memastikan kebajikan pekerja terus terjamin pada PENJANA, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan mengemukakan pelan memperkukuhkan pasaran buruh.

Antara inisiatif yang dimaklumkan adalah Program Subsidi Upah, pengenalan Program Insentif Pengambilan Pekerja, mewujudkan Dana Padanan Caruman untuk perlindungan sosial pekerja ekonomi gig serta menambahbaik Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara di bawah PERKESO.

Selain itu, Kerajaan juga memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja dengan peruntukan RM1.5 bilion sebagai insentif kepada majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.

Inisiatif ini dijangka memberikan manfaat kepada lebih 300,000 orang penganggur. Bantuan mobiliti dan program latihan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga akan disediakan untuk penganggur dan pekerja yang bukan pencarum PERKESO, termasuk lepasan sekolah dan lulusan universiti.

Dana padanan berjumlah RM50 juta bagi pembayaran caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO ini adalah untuk melindungi pekerja ekonomi gig selama satu tahun akan disalurkan.