Artikel

KKM sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi menekankan bahawa pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah sangat digalakkan.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KKM sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka (face mask) atau penutup hidung dan mulut di kawasan umum, terutama sekali di kawasan yang sempit dan sesak.

Pada 5 Jun 2020, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaklumkan mengenai penggunaan penutup hidung dan mulut.

Pihak WHO menasihatkan agar individu yang bergejala dinasihat untuk elak daripada keluar rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting dan bagi mendapatkan rawatan.

Sekiranya mereka perlu keluar daripada rumah, mereka perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.

Secara prinsip, pemakaian penutup hidung dan mulut perlu diutamakan bagi petugas kesihatan dan juga masyarakat umum yang bergejala.

Ini adalah kerana penularan penyakit COVID-19 disebabkan oleh titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti.

Orang awam pula digalakkan memakai penutup hidung apabila berada di kawasan yang sesak dan sempit. Ini memandangkan di tempat yang sesak, adalah sukar bagi individu untuk mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Sehingga 6 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,304 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

37 kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan sembilan 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Dimaklumkan juga, bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)