Artikel

Tan Sri Wan Zul Dilantik Pengerusi Malaysia Aviation Group (MAG)

Bekas CEO PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Bukan-Eksekutif (Non-Executive Group Chairman), Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG).

Lantikan ini berkuatkuasa 1 Julai 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (6 Jun).

YM Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai menggantikan beliau di PETRONAS.

Tan Sri Wan Zulkiflee telah berkhidmat selama 37 tahun bersama PETRONAS.

Beliau mula menjadi CEO syarikat gergasi Malaysia itu sejak 2015 menggantikan Tan Sri Hassan Merican.

Kontrak Wan Zul dijangka tamat pada awal tahun hadapan, maka dengan peletakan jawatan ini, beliau telah menamatkan perkhidmatannya sebelum kontrak beliau berakhir.

Sementara itu, kerusi Pengerusi di MAG telah kosong sejak Mac 2019 susulan peletakan jawatan YBhg Tan Sri Md Nor Yusof.