Artikel

Kenali CEO Baharu Petronas, Tengku Muhammad Taufik

Yang Mulia Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu di syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Beliau menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, yang telah dilantik sebagai Pengerusi baharu syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kedua-dua pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Julai 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (6 Jun).

Tengku Taufik sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) PETRONAS, sejak Oktober 2018.

Sebelum itu, beliau merupakan Rakan Kongsi di PwC selama lebih tiga tahun.

Beliau juga pernah menjadi CFO Sapura Kencana selama dua tahun bermula pada tahun 2012.

Selain itu, beliau pernah memegang jawatan Timbalan CFO Tanjung PLC.

Beliau memulakan kariernya di PETRONAS pada tahun 2004. Jawatan terakhir yang dipegang beliau adalah Ketua Pengurusan Strategik dan meletakkan jawatan pada Februari 2012, sebelum ke Tanjung PLC.